Saturday 21 July 2012

Rindu nak berBLOG. :)

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan al-Mubarak. :)


Hye, da lama bebenor aku tak update blog ni. Da bersawang da pon. huhuu. Busy busy busy. Busy apa?? Busy bekerja, maklum orang bekerjaya. bueeeekkkk. :P haha. bekerjaya lar sangat. Tapi mudah-mudahan suatu hari nanti. Rezeki Allah bagi. :) Tetiba aku jadi speechless. huhuu. Okay, daaa.


Ma'asalaamah wa ilalliqa' :)

Sunday 29 January 2012

Try baca!! :)

Sebenarnya saya nie cukup malas hendak mengomen post anda ini.Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati post-post di sini harus juga mengomen di status anda.Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi saya tetap mahu menulis sepanjang ini k...... Kerana saya begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya merasakan jika saya mengomen di status anda,saya berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua comment-comment yang ada di status anda.Mungkin ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap menulis sepanjang mana comment yang saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan anda menyampah dan ingin memblock saya dari status kawan anda.Tapi saya redha dengan keputusan itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.Kerana saya sudah jelaskan tadi,saya selaku pengoment harus memberi komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-pengoment yang lain.Bagi saya,ini satu kepuasan bagi saya jika saya dapat mengoment status anda sepanjang yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya merasakan bahawa anda harus membaca comment ini kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang-panjang mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda,saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari yang terbaik yang pernah saya tulis.Maafkan saya sekali lagi,tapi saya harap anda mengerti comment saya yang begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat,saya tetap mahu mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana anda

sanggup tekan "See More" semata-mata mahu membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini juga membangkitkan semangat saya bagi terus mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini,saya telah membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya tidak keletihan bagi mengoment status anda ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat bertuah kerana telah mendapat comment saya nie.Mungkin sebahagian dari

tuan punya status ini suka dengan comment saya ini,dan mungkin juga sebahagiannya tidak suka,tapi saya tetap berharap supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT SEMATA-MATA mahu mengomment di status anda ini.Kerja saya di facebook ini hanyalah mengomment status orang dan ramai sekali menyampah dan ada juga orang ketawa melihat comment saya yang begitu panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga ilmu yang akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada orang sudah masuk hospital gara-gara membaca comment saya ini.Sekian saja di sini.Dan terima kasih sekali lagi kerana sudah membaca comment saya sehingga di akhirnya..





haha! Menyirap jgakk bila baca benda alah ni. ngee!
Buat sakit hati kau jer baca komen ni dari status kawan aku.

Engong! Sakit mata eden. 
Elak juling jer. heh!

Saje nak share.

Benda jahat k baik ek ni aku nak share? huhuu.

Takpe lar, aku nak share jgak.

Da TERpublish da pung. ngeee!! :D
Okay!

Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :)

11:03,Sun 29 Jan 2012

Assalamualaikum.
Pelik! Masa baru-baru masuk kerja, seingat dan sedengar kat telinga aku ni, nama ada seorang bdak ni 'Ika'. Dan aku pun siap panggil dia Ika dan dia toleh. Then, ada seorang akak tanya aku masa pergi tandas, 'siapa jaga line?'. Aku jawab 'urm, Ika'. Then dia pun tak banyak tanya kalau tak ada orang nama Ika kat tempat kerja aku tu. Atleast dia tanya lar aku, siapa Ika ke, Ika mane ke kan. Tapi ni dia senyap jer macam betul-betul ada orang nama Ika kat tempat kerja aku tu. Dan aku pun confident lar memang nama minah kacamata putih tu Ika.

Tapi malam tadi semua berubah. Secara kebetulan, tengah berbual bergurau dengan seorang akak ni, nama dia Raiya tapi aku panggil mark0nah. Saje nak kenakan dia sebab orang kat tempat kerja tu pun memang panggil dia markonah. Haha! Dia marah aku, dia cakap, 'ish, namaku bukan mark0nah lar. Tak percaya pergi teng0k nama'.
Then aku pun pergi lar teng0k list name semua pekerja yang sama dengan aku.
Saja nak tahu nama panjang diorang.

Tup tup, aku teng0k tak ada orang nama Ika atau dekat-dekat dengan Ika atau yang b0leh membuatkan dipanggil Ika. Zapp! Terkejut aku! Tertanya-tanya jgakk siapa Ika ek??

Question mark????

Tiba-tiba kak Raiya tu tanya aku, 'ha, siapa namaku? Percaya tak. Aku bukan markonah' sambil angkat-angkat kening. Haha! Akak ni memang kelakar dan peramah. Aku pun jawab lar 'ye lar kak mark0nah' lepastu tersengih.

Agak-agak lineclear, tak ada si budak kacamata putih tu, aku tanya lar akak tu. 'kak, siapa budak yang pkai spek putih tu ek?'. Dia blur-blur lagi. Aku cakap lar 'alar, budak yang baru jer lalu kat sini yang tunjukkan saya nama akak tu lar'. Then dia kata 'owh, itu nama dia Siti. Kadang orang panggil dia Badariah'. Then aku tanya 'nama Ika siapa kak?'. Berkerut dahi dia tanya aku 'siapa Ika?'. Aku plak terangkat kening cakap 'bukan nama dia Ika ke? Saya ada dengar orang panggil dia Ika'. Then dia cakap 'Riah, Ika. Dekat-dekat k0t'. Dalam hati aku, kak Raiya ni cuba nak sedapkan hati aku. Huhu!

Memang pelik r. Aku sendiri dengar kak Mek, kak Ana panggil dia Ika taw. Then masa nak balik semalam, sempat aku tanya tuan punya badan si kacamata putih tu. 'urm, nama siapa ek?'. Dia jawab 'siti'. Aku cakap lar, 'bukan Ika ae?'. Then dia geleng buat muka pelik. Heh! Siapa yang pelik ni? Tak faham aku.

Da lar, anak saudara aku da menangis da ni, minta dikendong.

Selamat bercuti hujung minggu.
Malam ni tengok AJL26. Harap Penakut by Yuna peminat aku tu menang. Ngee!
0kay.
Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :) 

Sunday 22 January 2012

21:42, Wed 18 Jan 2012

Assalamualaikum.
Ha, penat giler! Baru balik kerja. First time kerja lepas habis STPM. 2 bulan jugak aku berehat duduk kat rumah. Tak ada buat apa-apa, cuma bukak kindergarten jer kat rumah ni. Dan ahli-ahlinya ofc0z anak saudara aku. 2 orang jer, tak ramai. Huhu! Tapi kalau da semua adik-beradik aku berkumpul 4 orang lar anak saudara aku dan semuanya gigirl. Makin meriah kindergarten aku tu. Haha!

Okay.
Aku kerja kat kilang c0klat area atau daerah lar dengan rumah aku. Memang penat. Sampai aku terfikir lepas keluar result STPM, aku memang nak berhenti. Ikutkan hati nak jer cabut esok tapi tak sampai hati plak, ada kawan merangkap jiran aku yang sama-sama minta kerja kat kilang tu.

Dan Alhamdulillah, setakat ni da 4 hari aku kerja sana. Penat memang penat. Tapi nak buat macam mana kan. Nak duduk rumah jer, boring siot. Tak dapat hasil plakk tu. huhuu! Bak kata mak 'kerja mana yang tak penat'. Bak kata kawan aku myera plak 'nak kerja tak penat, jadi pA aku tapi kau kena buli jer lar nanti'. Bak kata mak aku lagi 'cuba bayangkan orang perempuan yang da kahwin, da ada anak. Pagi pergi kerja, balik kena uruskan anak, kena masak. Macam tu lar mak dulu'. Huhuhu!
Rasa terharu, kesian ++ bangga untuk mak sebab berjaya besarkan 6 orang anak dengan ayah. Susah senang ditanggung bersama. Tabik kat mak ayah. So, sekarang, aku jadikan mak sebagai kekuatan dan sok0ngan untuk aku teruskan kerja kat kilang ni. Chaiyök beb! :)

Okay see you later.
Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :)

16 Januari 2012!

Assalamualaikum.
Hari ni birthday kawan lama aku iaitu Yan. Kitorang kenal sejak sekolah rendah lagi, kalau tak silap aku kenal masa darjah 4. Sebab time tu kit0rang pindah sekolah baru dekat-dekat dengan rumah kit0rang. Sesiapa yang tinggal kat kawasan taman perumahan kit0rang, memang akan berpindah ke sekolah baru tu lar.

So sekarang rasanya da hampir 10 tahun jgak kit0rang kenal. Lama jgak tu beb. Nak kata tak lama, tak b0leh lar. Huhu! Dalam masa 10 tahun, macam-macam perkara boleh berlaku. Da boleh kenal ragam, perangai, sikap kawan aku tu. Nak kata kit0rang tak pernah bergaduh, memang tak pernah lar. Tapi kalau nak kata terasahati terasahati tu rasanya memang ada lar. Tapi simpan, tak luahkan. *da kata pun hati.ngee! Tapi aku pun tak ingat tentang apa. Yang penting, setiap kali raya da minta maap. Haha! *ni lar dia, manusia. raya maap-maap tapi buat lagi kesalahan. Ngee!

 Nanti aku tunjukkan gambar dia. Ada orang kata kami kembar. Haha! Tang mane tu ye yang like kembar? Sampai cikgu pun tersalah orang. Huhu! Rindu kt cikgu Shahidah, cikgu Sains. Muka garang tapi ofc0z hati baik! :)

Sebenarnya kit0rang dari darjah 1 sama sekolah tapi start darjah 4 baru kenal dan rapat. Dan sekolah menengah plak, aku just belajar di SMK tapi dia budak pandai so belajar kt SMKA. Tapi start f4, dia pindah ke sekolah aku. Terkejut jgak tiba-tiba dia terpacak depan mata aku kt sekolah tu. Rindu aku lar tu, tu pindah satu sekolah dengan aku. Ngee! Memang happy lar dapat satu sekolah dengan dia lagi tapi lain kelas. Dia kelas sains extreme, aku cuma kelas ICT. Tapi takpe, dapat jumpa jgak. Gurau-gurau macam dulu tapi tu lar. Aku ni pemalu sikit. *ceyh! Even kawan lama, tapi bila da bertahun-tahun tak jumpa, rasa kekok plak nak berbual, lebih-lebih lagi bergurau. Orang kata segan, canggung plak kita. Ngee! Lama-lama da okay semula. Da tak reti segan malu daa. Haha! :D

Dan malamnya baru aku wish birthday dia. Nasib baik dia still guna numb yang sama. *aku jer yang ngengade asik tukar numb.hehe! Apa-apa pun aku tumpang gembira untuk dia sebab dia hampir berjaya dalam hidup. Masuk matriks dan n0w ijazah di u mane ek? Aku pun tak sure. All the best friends. Rindu giler kat kau, Yan. :)
Aku plak masih menunggu result STPM dan panggilan U for c0ntinue degree. InsyaAllah. Doakan aku ye :)

fiza, aimi, aku, yan n anan (depan) Rindu mereka. :)


Da lama! 17Jan12

Assalamualaikum.
Best jgak menaip sambil dengar radio HOT fm. Leya tengah bercel0teh, memang kepoh+gedik. Haha!

Okay, sekarang aku just nak cerita tentang 'da lama'. Da lama apa ek? Urm, da lama giler aku tak teng0k ayahku tunggang m0tor. Biasanya bawak teksi jer. Haa, ke mane plak teksi ayah tu. Urm, da 2 hari teksi ayah masuk worksh0p sebab 5 hari lepas teksi tu kena langgar dengan am0i mane ntah. Habis pintu tempat pemandu tak boleh tutup rapat. Ayah kata 'nasib baik aritu tak hujan, kalau tak, banjir kereta tu.' Mane taknya, maklum parking kt rumah ni bukan memang khas tempat parking tapi cuma park kereta di halaman depan rumah. *memang rumah biasa macam aku parking cenggini lar k0t ek. Dan tidak berbumbung plak tu yang macam orang-orang kaya, diorang siap ada garaj kereta. Setiap satu taw. Heh! :p

Pagi-pagi lagi ayah da bawa m0tor tengok teksi dia kt worksh0p mana aku pun tak tahu. Risau sangat ayah. Tapi seri0usly, tak senang duduk ayah kt rumah ni. Da biasa bekerja agaknya, tak tahu lar apa aktiviti ayah kalau da st0p bawa teksi nanti. Tertanya-tanya dalam kepala otak aku ni tapi tak terluah. Hehe! Wait and see! orang putih cakap. Ngee!

Nanti aku try snap gambar ayah tengah bawa m0tor ae. Excited ni. Hehe! :D Mudah-mudahan dapat lar.

Haish! Tak dapat lar snap gambar ayah bawa motor sebab ayah amik teksi pun naik bas. Huhu! Kecewa! :(
Tapi tak pe. Apa-apa pun, semoga Allah permudahkan segala urusan ayah ku dan DIA murahkan rezeki ayah. Amin. Sayang + Rindu ayah lillahi Ta'ala. :)

Sunday 15 January 2012

Yuna - Kl Kita ( fan made video )


Ni pun sweet jgakk. Awesome! Yuna with Qi Razali. :)

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)


Sweet. Awesome beb. :)

Seram jgak!

Assalamualaikum.
Menaip sambil mengunyah ker0p0k ikan. Kenyang sikit per0t aku. Hehe!

Okay! Pernah tak dengar drama 'Kum Kum'? Lak0nan Sharnaaz Ahmad hands0me, Elfira Loy, Sh.Shah0ra, Didie Alias, Marsha. Haa, drama ni bergenre seram. Weyh, seram taw, aku tak tipu ni. Drama ni agak lain dengan cerita-cerita seram lain yang suka buat muka menyeramkan tapi drama ni tak. Drama ni suspens sikit. Aku baru jer habis tengokk kat lappy. Abang aku ada download rupanya. hehe!

Actly, drama ni da lama jgak di tayang dan da banyak ulang siarannya *biasa lar astro.
Tapi baru malam tadi aku berkesempatan teng0k drama ni. Mana taknya, biasanya kalau ada drama ni, aku s0rang-sorang kat rumah. Kalau ada orang pun, semua kat bilik. Aku s0rang-sorang tercang0k kt depan tv. Huhu! Sedehhh! *tiru gaya Leez cakap dalam 'Ungunya Cinta'. ngee!

Urm, so malam tadi, dapat lar aku teng0k sikit drama KumKum tu dengan mak aku. Tapi kenapa sikit, kenapa tak sampai habis ek? Urm, sebabnya aku teng0k Mr.Labuci cerekarama kt tv3 *aku pilih untuk tengok tv3 sebab jarang ada ulang siaran. Urm, cerekarama Mr.Labuci tu, arahan Murali tu beb. Biasanya Murali ni kalau buat cerita, mesti yang sedih-sedih belaka sehingga meruntun hati lalu menitiskan airmata secara tak sengaja *wah! tapi Mr.Labuci cerita yang simple dan ringan. Syabas kt Murali, tak lar stere0taip. *ceyh!
Haa. So, lepas habis cerekarama tu kul 11.55malam, baru aku teng0k KumKum tu.

Aku ingatkan KumKum tu nama hantu dia. Yang macam p0c0ng, langsuir, dll. Tapi rupa-rupanya, KumKum tu sh0rtf0rm for 'Assalamualaikum'.
Nak tahu macam mane? Ha, si pelak0n Marsha tu bagi salam. 'Assalamualaikum kum kum'. haha! Tanpa berlengah-lengah lagi, aku teros bangun tutup pintu rumah. Weyh, tak berani aku nak biarkan pintu tu ternganga walaupun sikit. Haha! *penak0t jgak aku ni. Bukan tak0t lar, segan jer. Hehe! Yang paling best apa taw, setiap kali agak-agak hantu nak keluar, aku kemam mulut supaya tak terjerit n muka aku ngadap tv tapi mata aku pandang kt bawah tv. Haha! Mak plak, muka ngadap tv gak tapi mata tertutup. Haha! Kelakar. Aku tanya, 'mak, muka hantu tu macam mane?' mak kata, 'mak tak tengok pun'. Haha!
Aku rasa kalau tengok dengan kakak aku numb4 ni mesti lagi-lagi best, sebab dia kalau tengok cerita seram, c0nfirm suara dia jer lebih. Terjerit-jerit, memekak. Sampai aku cakap 'kak Mue, aku taw kau kemam mul0t macam aku'. Dia buat tapi sekejap jer. haha! Lepastu s0alan dia mesti 'kenapa kalau cerita hantu jer, mesti gelap?' hmm, kenapa ek? Tapi aku rasa drama KumKum ni okay lar. Sebab hantu dia tetap keluar walaupun waktu siang. Memang waktu siang lar hantu dia mengacau. Syokk!

Memang cerita ni seram lar. Sampai aku cakap kat mak, 'mak, ada kang terngiang-ngiang dengar orang bagi salam, tak nak guna lagi ayat ni. Tak tahu plak KumKum tu Assalamualaikum yang selalu kita guna'. Huhu! Giler aku ni, sampai tak nak guna ayat bagi salam tu. Nak jadi apa seyh. Habis, kalau balik rumah ke, datang rumah orang ke, aku nak bagi apa? Hell0? Ter0k! Da macam barat, aku kan Islam. Tak apa lar, tu cuma cerita jer. Jangan mudah percaya. Ingat apa yang KC cakap. Ngee!

Urm, okay lar. Aku taip cerita ni pun c0ntinue-continue dari n0on tadi sampai da ke jam 4petang. Aku just taip kat f0n, simpan dulu. Nak taip ter0s kat lappy, malas plakk nak buka. Sekarang ni da lapar! Sedap bau mak masak. Mak masak, aku tol0ng makan + k0men. KuajaQ punya anak. Huhu!

Okay, daaa.
Selamat Petang.
Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :) 

KumKum the Series and Drama 2jam. 


Friday 13 January 2012

Sedara Kak Limah!

Assalamualaikum.

Malam ni rasa tenang sikit lar. Takde lar mengantuk macam selalu. huhuu.

Haa, malam ni just nak cerita tentang Sedara Kak Limah. Siapa tu?? Ahaaa! Jeng jeng jeng. Makhluk yang kita tak bole nampak dengan mata kasar. Saje jer nak story-story tentang ni. Da tak tahu nak tulis apa an. huhuu.

Sekarang ni aku tengah dengar MisteriJam12Malam kt radio Ria iaitu Singapore's radio channels. Radio seberang tambak. Memang da biasa malam-malam macam ni aku dengar radio seberang tambak sampai jam 2pagi. Memang habit lar dengar radio ni bodobodo tanpa buat apa-apa kerja lain. Kalau orang lain agaknya da boring da ek. Tapi aku steady jer, sebab aku nak fahamkan kisah-kisah MJ12 ni. Tapi jangan pulakk ingat aku percaya seratusperatus akan cerita-cerita yang diketengahkan okay. Sebabnya, setiap kali cerita yang dibaca, setiap kali tu ada iklan cakap 'Kisah-kisah yang anda dengar merupakan Misterijam12. Tidak ada sebarang bukti yang boleh mengesahkan kebenarannya. Hanya satu hiburan. Jangan mudah kita percaya dan taksub!'

haha. Memang tak percaya punggg. *oit, kereknya aku.
hehe. Tak lar. Aku tahu benda-benda ni wujud tapi tidak terlalu percaya. *bole k macam tu? Ntah lar weyh. ngee! :)

haha. ni lar Kak Limah nye. Hantu Kak Limah Balik Rumah! :)

haha. yang ini cuma gambar semata-mata. show untuk  Harian Metro kot. :)


yang ni dj KC buat siaran luar konti tadi. banyak kali gak dia istighfar. huhu! maaf ye KC amik gamba tanpa permission. hehe. :)

Okay! Aku da mengantuk. Nak layan mata lakk. Da kelat ni. huhu!
Selamat malam. ><
Ma'assalaamah wa ilalliqaa'. :)

Wednesday 11 January 2012

Bukan Niat Aku!!

Assalamualaikum.

Mata da kelat ni weyh. huhuu. ><

Urm, entah lar ek. Aku pun tak tahu lagi nak tulis apa ni. heh!

Owh, yeah! Btw, 3 hari lepas aku ditimpa masalah yang datangnya pun mungkin berpunca dari aku jugakk. Sampaikan aku DEMAM disebabkan pening ++ plakk aku terdedah dengan air-cond kt cc sebab aku diarahkan seseorang untuk delete something. Kebetulan wifi kakak sulungku pinjam bawak balikk rumah. So, terpaksa lar aku ke cc untuk buat kerja bangang sekejap. Then, buat kerja pun tak ikhlas agaknya, itu yang balik dari cc terkena hujan *naik motor jer weyh. and demam lar aku. huhuu!

Tapi ntah lar, susah jugakk dapat kawan yang tak boleh nak bercerita apa-apa tentang dia walaupun perkara yang baik. *macam HOT sangat jer. haha!
KuajaQ ae aku, tak baik taw. Sorry!

Tapi tak apa lar. Untuk kesekian kalinya, aku nak cakapkan bahawa aku memang tak ada niat langsung nak keruhkan lagi hubungan korang. Aku cuma jadi pendengar setia ++ penasihat *tak bertauliah. kat kawan kepada kawan aku tu. Itu jer, memang tak terniat langsung nak campur tangan hal korang. 

Setiap kali aku baca mesej kau, membuatkan aku menangis. Aku jadi sebak. Disebabkan perkara kecik ni, kau boleh marahkan aku sangat-sangat. Di mana SILAP BESAR aku NurPatimahAbdulla??

Pernah kau fikir perasaan aku masa kau herdikk aku?? Kau tanya apa yang aku tulis di blog?? Rasanya aku tak mengutuk, mencaci, mengumpat atau memburuk-burkkan kau. Tapi kau marah aku macam aku buat salah besar sangat kat kau. Kau cakap aku takde hak nak tulis apa-apa tentang kau. Ya Allah, siapa aku pada dia Ya Allah? Musuhkah kami? Setahu aku, selama aku berada di f6, hanya dia tempat aku meminta bantuan, dia banyak beri semangat pada aku dan kadang-kadang ada jgakk dia perlukan bantuan aku. Ke mana sahaja di sekolah atau di mana-mana tempat yang memerlukan kami berdua, aku sentiasa saja TERCARI-CARI dia. Walaupun pada ketika itu cuma yang terlibat jer diperlukan, namun aku tetap cari kau. 

Nak tahu kenapa??
1. Sebab aku nak kau beri semangat kat aku.
2. Sebab aku nak pastikan yang kau selamat.
3. Sebab aku nak pastikan yang kau tak boring sorang-sorang.

Tapi aku tahu, kau memang seorang yang pandai berdikari, tak macam aku. Aku tak bole hidup tanpa kau di sisi kalau kt sekolah. Sebab aku perlukan kau untuk beri aku ilmu. Sentiasa!! Setiap masa!! Sebab aku kurang pandai a.k.a BANGANG dan BODOH yang macam aku selalu cakap kat kau dulu.

Allah! Aku tak tahu mana silap ku, KAU bantu lar aku Ya Allah untuk aku tempuhi dugaan ujian yang KAU berikan kepada ku. Sesungguhnya hanya pada-MU tempat ku berlindung.

'Laisalahamin dunillahika syifa'
'Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi'

Andaikata kau terbaca tulisan aku ni...
Maafkan aku sebab aku tertulis nama kau kat blog aku ni. Terpulang pada kau kalau kau nak marah. Aku hanya mampu ucapkan kata MAAF!

Peringatan untuk aku juga. :)

Penangan C.I.N.T.A. !

Assalamualaikum. 

Sekarang nie aku nga mengantukk tapi tahan jer ++ lapar plakk tu. huhuu! Saje jer nak taip ayat nie dulu. Ngeee! ><

Okay. Sejak belakangan ni, tak tahu lar ek. Tiba-tiba jer aku jadi kaunselor secara tak rasmi. Haha! Bukan apa, sebelum-sebelum ni, memang jarang orang mengadu nasib kat aku. Mungkin sebab aku jenis yang tak pandai beri nasihat dan kata-kata semangat, sebab tu orang tak nak rujuk aku kalau ada pr0blem. huhu! Tapi untuk bulan terakhir 2011 nie, memang agak pelik bin ajaib tapi benar. Ada jugak orang yang sudi share pr0blem dia kat aku. Tapi tak ramai pun, setakat dua orang jer. Hehe! Dan kedua-duanya adalah tentang CINTA. Haish! Tol0ng aku! *Macam salaahh orang plak di0rang pilih ni. Huhu!

0kay, berbalik tentang dua orang tadi tu. Yang s0rang lelaki dan yang s0rang lagi ofc0z lar perempuan, sayang. Tak kan dua alam pulakk. Minta selisih lar. 0kay, lets st0ry! 

1. Rasanya cerita yang first ni tak payah lar aku tulis memandangkan aku da kena 'BASUH' dengan kawan aku tu supaya tak cerita apa-apa tentang dia. Aku menurut perintah jer lar arahan dia. heh! *ikhlaskan lah aku Ya Allah. :)

2. Kauthar! Sedap nama tu kn. Maknanya pun baik iaitu 'Sungai di Syurga'. Dia ni merupakan adik aku di pLkn even kit0rang sebaya. Hehe! Sibling kat pLkn. Okay. Pada tarikh 20 Disember, malamnya tu, aku dapat mesej dari adik aku ni. Dia minta aku call dia sebab dia ada pr0blem. Then aku call lar dia, tanya apa halnya dia suruh aku call. Yang tak ley blahnya, 1st sekali dia cakap selepas jawab salam aku, 'acik, garangnya suara'. Haha! Ak ketawa dan balas 'garang ae?'. huhu! Okay! Lepas tu baru lar dia cerite apa pr0blem dia. Rupanya da tiga hari dia break dengan pakwe dia sebab pakwe dia curang. Ada makwe lain dan termasuk ada skandal. Wah! Macam b0do punya olang. Huh! Tapi malam aku call dia tu, dia curhat lar pr0b dia tu. Dia kata dia tak dapat nak lupakan ch0y, tapi bila ingat, sakit hati plak.

Aku tanya r, 'da puas nangis ke dik, kalau belum, nangis r sekarang'. Dia ckp 'da puas nangis da cik, tiga hari nangis. Nasib baik ada kawan-kawan yang tenangkan. Semalam kawan bawak g funfair tapi baru jer sampai sana, da sunyi, di0rang nga berkemas nak tut0p. Dan2 masa adik n kawan-kawan nak amik gamba, tuup, lampu kat funfair tu tr0s terpadam. Kat sana gelap'. Haha! 
Tengokk! Macam mana aku nak sama-sama rasa apa yang dia rasa, nak faham, sedangkan dia sendiri yang buat aku tergelak. Tapi ada jgak aku cakap kat dia, 'orang da tak ingat kat kita, buat apa kita nak ingat kat orang'. Dia ckp 'perit cik'. Adui, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Dekat 1jam jgak ak call dia, sebelum letak f0n, aku cakap r 's0rry ae dik. Adik salah orang lar nak luahkan perasaan. Acik pun bukan pandai nak nasihat bagi kata-kata semangat ni. hehe! Dia blas 'acik memang, tak ada perasaan'. Amb0i adik aku! Kes0kk hati acik n0e. Haha! Then lepas letak f0n sebelum tidur memandangkan jam pun da puk0l 1 lebih am, aku sempat mesej dia >>

Maan najah fi kulli hayati dunia wal akhirat-sm0ga b'jya pd stiap khdupan d dnia dn akhirat.
Sorry adik cute, acik cute bukan jnis y pndai bg kta2 smangat. Acik jnis pndrian 'org da xnk kt kita, xpyh kita t'hegeh2 nk kt dia'. 'Org x ingat kt kita, buat ap kita nk ingat dia'. Itu y acik ik0t ms acik break dgn pkwe, 2kali kena tggalkan. Sjjurnya, mmg sukar nk lupakan, sakit hati. Tp smpai bila nk pk kn hal ni? Pelan2 acik lupakan dia. Bila t'ingatkn dia, tr0s sibukkan diri buat kije. Ni ujian ms b'cinta. Xap, ilang s0rang, 10 dtg dik. 0neday, adik akn jmpa llaki y lbih baik dr choy. Dkatkn dri lg dgn Allah. 0kay! Night. Mimpi acik. :p

Dan ini yang dia reply >>

Thanks a lot acik..d0akn adk happy ea acik.. Everythng happen for a reas0n kn..
Ha, sejuk sikit hati ak sebab dia terima nasihat aku walaupunnnn .... Huhu! 

But actly, seri0usly, *Berapa banyak liii da. hehe! aku memang tak suka dari awal lagi bila tahu yang adik aku couple dengan ch0y name pakwe dia tu. Atas alasan apa ek aku tak suka si ch0y tu? Urm, actly, mamat tu bad jgak perangai dia. Mana tak nya, dia muka like chinesel0ok, *Wah, aku minat tu chinesel0ok. Ngee!
Tapi dia ni lelaki yang bertindik. *Menggunakan kelebihan muka 'ala2cina' untuk menghalalkan yang haram menurut Islam.
Bukan setakat tindik telinga, tapi aku pernah nampak lidah pun dia tindik. Nauzubillah min zalik. Mudah-mudahan aku dijauhkan dari g0longan seperti itu Ya Allah dan minta dijauhkan dari aku mendapat suami seperti itu. Amin. Aku bukan lar baik sangat tapi untuk cari calon suami, semua orang nak choose yang terbaik dan pada aku lelaki itu dapat membimbing aku ke jalan yang diredhoi-Nya. Amin.
Urm, tapi apa aku b0leh buat. Dah itu pilihan adik aku dan aku luahkan apa yang aku rasa nie pun after di0rang break. Sebab pada aku, da kalau itu pilihan adik aku, aku terima jer lar untuk kebahagiaan dia. *Tak payah aku mengada-ngada nak betah-betah. Dan adik pun cakap yang pakwe dia ni da berubah. Da tak pakai subang, da tak dai rambut. Then aku balas, kalau ch0y berubah dengan seikhlas hati dia, bagus lar. Tapi jangan plak dia berubah disebabkan adik yang suruh. Tak el0k r macam tu. Sebenarnya, aku cakap ni pun lepas dua hari aku call dia hari tu, means 22 Disember lar. Dan sampai sekarang iaitu 29 Disember pada jam 04.17am, *wah, siap bagi am pukul berapa lagi. heh! adik tak contact aku. Terasa hati ke dia dengan apa yang aku cakapkan tu? Salah ke apa yang aku cakap? Itu pendapat aku dan luahan hati aku jgakk kot. So, kalau adik rasa ada betulnya apa yang aku cakap, dia bole terima. Tapi kalau tak, Wallahu'alam. Ntah lar. Tak dapat petunjuk lagi. Hehe!


Okay. Tu jer cerita aku. Aku da ngantukk, nak tidur lar. Makan nanti-nanti lar. heh! :)