Thursday 23 May 2013

Auch! Wujud lagi blog ni ye...huhuu

Assalamualaikum..

Wah, da lama sungguh tidak ku menjengah menerjah blog aku ni ye. Macam hampir setahun jer kot. Perghhhh!! Memang berSAWANG berHABUK lar blog aku ni. Da lama tak update acamni lar jadinya.huhuu.

Okay. Korang semua!! Apa khabar ye? Alhamdulillah, aku kat sini sihat-sihat jer. Nak tahu tak aku sekarang buat apa?? Haaa, aku sekarang jadi suri rumahtangga berjaya..kui3. Tak lar. Gurau jer. Aku sekarang study lagi kat Semenanjung Malaysia. Kat mana ek? hahaa. Mana-mana jer lar, asalkan niat untuk belajaQ. Betul daq? hehehe. Aku pun tak tahu ar nak story tentang apa. Sebab banyak benda yang aku nak share dengan korang tapi tu lah dia... Aku pun tak taaauuu nak starting acane.... It's okay lar guys. Ada time nanti aku see korang lagi ye. :)

Ma'asalaamah wa ilalliqa' :)

Saturday 21 July 2012

Rindu nak berBLOG. :)

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan al-Mubarak. :)


Hye, da lama bebenor aku tak update blog ni. Da bersawang da pon. huhuu. Busy busy busy. Busy apa?? Busy bekerja, maklum orang bekerjaya. bueeeekkkk. :P haha. bekerjaya lar sangat. Tapi mudah-mudahan suatu hari nanti. Rezeki Allah bagi. :) Tetiba aku jadi speechless. huhuu. Okay, daaa.


Ma'asalaamah wa ilalliqa' :)

Sunday 29 January 2012

Try baca!! :)

Sebenarnya saya nie cukup malas hendak mengomen post anda ini.Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati post-post di sini harus juga mengomen di status anda.Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi saya tetap mahu menulis sepanjang ini k...... Kerana saya begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya merasakan jika saya mengomen di status anda,saya berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua comment-comment yang ada di status anda.Mungkin ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap menulis sepanjang mana comment yang saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan anda menyampah dan ingin memblock saya dari status kawan anda.Tapi saya redha dengan keputusan itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.Kerana saya sudah jelaskan tadi,saya selaku pengoment harus memberi komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-pengoment yang lain.Bagi saya,ini satu kepuasan bagi saya jika saya dapat mengoment status anda sepanjang yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya merasakan bahawa anda harus membaca comment ini kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang-panjang mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda,saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari yang terbaik yang pernah saya tulis.Maafkan saya sekali lagi,tapi saya harap anda mengerti comment saya yang begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat,saya tetap mahu mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana anda

sanggup tekan "See More" semata-mata mahu membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini juga membangkitkan semangat saya bagi terus mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini,saya telah membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya tidak keletihan bagi mengoment status anda ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat bertuah kerana telah mendapat comment saya nie.Mungkin sebahagian dari

tuan punya status ini suka dengan comment saya ini,dan mungkin juga sebahagiannya tidak suka,tapi saya tetap berharap supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT SEMATA-MATA mahu mengomment di status anda ini.Kerja saya di facebook ini hanyalah mengomment status orang dan ramai sekali menyampah dan ada juga orang ketawa melihat comment saya yang begitu panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga ilmu yang akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada orang sudah masuk hospital gara-gara membaca comment saya ini.Sekian saja di sini.Dan terima kasih sekali lagi kerana sudah membaca comment saya sehingga di akhirnya..





haha! Menyirap jgakk bila baca benda alah ni. ngee!
Buat sakit hati kau jer baca komen ni dari status kawan aku.

Engong! Sakit mata eden. 
Elak juling jer. heh!

Saje nak share.

Benda jahat k baik ek ni aku nak share? huhuu.

Takpe lar, aku nak share jgak.

Da TERpublish da pung. ngeee!! :D
Okay!

Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :)

11:03,Sun 29 Jan 2012

Assalamualaikum.
Pelik! Masa baru-baru masuk kerja, seingat dan sedengar kat telinga aku ni, nama ada seorang bdak ni 'Ika'. Dan aku pun siap panggil dia Ika dan dia toleh. Then, ada seorang akak tanya aku masa pergi tandas, 'siapa jaga line?'. Aku jawab 'urm, Ika'. Then dia pun tak banyak tanya kalau tak ada orang nama Ika kat tempat kerja aku tu. Atleast dia tanya lar aku, siapa Ika ke, Ika mane ke kan. Tapi ni dia senyap jer macam betul-betul ada orang nama Ika kat tempat kerja aku tu. Dan aku pun confident lar memang nama minah kacamata putih tu Ika.

Tapi malam tadi semua berubah. Secara kebetulan, tengah berbual bergurau dengan seorang akak ni, nama dia Raiya tapi aku panggil mark0nah. Saje nak kenakan dia sebab orang kat tempat kerja tu pun memang panggil dia markonah. Haha! Dia marah aku, dia cakap, 'ish, namaku bukan mark0nah lar. Tak percaya pergi teng0k nama'.
Then aku pun pergi lar teng0k list name semua pekerja yang sama dengan aku.
Saja nak tahu nama panjang diorang.

Tup tup, aku teng0k tak ada orang nama Ika atau dekat-dekat dengan Ika atau yang b0leh membuatkan dipanggil Ika. Zapp! Terkejut aku! Tertanya-tanya jgakk siapa Ika ek??

Question mark????

Tiba-tiba kak Raiya tu tanya aku, 'ha, siapa namaku? Percaya tak. Aku bukan markonah' sambil angkat-angkat kening. Haha! Akak ni memang kelakar dan peramah. Aku pun jawab lar 'ye lar kak mark0nah' lepastu tersengih.

Agak-agak lineclear, tak ada si budak kacamata putih tu, aku tanya lar akak tu. 'kak, siapa budak yang pkai spek putih tu ek?'. Dia blur-blur lagi. Aku cakap lar 'alar, budak yang baru jer lalu kat sini yang tunjukkan saya nama akak tu lar'. Then dia kata 'owh, itu nama dia Siti. Kadang orang panggil dia Badariah'. Then aku tanya 'nama Ika siapa kak?'. Berkerut dahi dia tanya aku 'siapa Ika?'. Aku plak terangkat kening cakap 'bukan nama dia Ika ke? Saya ada dengar orang panggil dia Ika'. Then dia cakap 'Riah, Ika. Dekat-dekat k0t'. Dalam hati aku, kak Raiya ni cuba nak sedapkan hati aku. Huhu!

Memang pelik r. Aku sendiri dengar kak Mek, kak Ana panggil dia Ika taw. Then masa nak balik semalam, sempat aku tanya tuan punya badan si kacamata putih tu. 'urm, nama siapa ek?'. Dia jawab 'siti'. Aku cakap lar, 'bukan Ika ae?'. Then dia geleng buat muka pelik. Heh! Siapa yang pelik ni? Tak faham aku.

Da lar, anak saudara aku da menangis da ni, minta dikendong.

Selamat bercuti hujung minggu.
Malam ni tengok AJL26. Harap Penakut by Yuna peminat aku tu menang. Ngee!
0kay.
Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :) 

Sunday 22 January 2012

21:42, Wed 18 Jan 2012

Assalamualaikum.
Ha, penat giler! Baru balik kerja. First time kerja lepas habis STPM. 2 bulan jugak aku berehat duduk kat rumah. Tak ada buat apa-apa, cuma bukak kindergarten jer kat rumah ni. Dan ahli-ahlinya ofc0z anak saudara aku. 2 orang jer, tak ramai. Huhu! Tapi kalau da semua adik-beradik aku berkumpul 4 orang lar anak saudara aku dan semuanya gigirl. Makin meriah kindergarten aku tu. Haha!

Okay.
Aku kerja kat kilang c0klat area atau daerah lar dengan rumah aku. Memang penat. Sampai aku terfikir lepas keluar result STPM, aku memang nak berhenti. Ikutkan hati nak jer cabut esok tapi tak sampai hati plak, ada kawan merangkap jiran aku yang sama-sama minta kerja kat kilang tu.

Dan Alhamdulillah, setakat ni da 4 hari aku kerja sana. Penat memang penat. Tapi nak buat macam mana kan. Nak duduk rumah jer, boring siot. Tak dapat hasil plakk tu. huhuu! Bak kata mak 'kerja mana yang tak penat'. Bak kata kawan aku myera plak 'nak kerja tak penat, jadi pA aku tapi kau kena buli jer lar nanti'. Bak kata mak aku lagi 'cuba bayangkan orang perempuan yang da kahwin, da ada anak. Pagi pergi kerja, balik kena uruskan anak, kena masak. Macam tu lar mak dulu'. Huhuhu!
Rasa terharu, kesian ++ bangga untuk mak sebab berjaya besarkan 6 orang anak dengan ayah. Susah senang ditanggung bersama. Tabik kat mak ayah. So, sekarang, aku jadikan mak sebagai kekuatan dan sok0ngan untuk aku teruskan kerja kat kilang ni. Chaiyök beb! :)

Okay see you later.
Ma' assalaamah wa ilalliqaa'. :)

16 Januari 2012!

Assalamualaikum.
Hari ni birthday kawan lama aku iaitu Yan. Kitorang kenal sejak sekolah rendah lagi, kalau tak silap aku kenal masa darjah 4. Sebab time tu kit0rang pindah sekolah baru dekat-dekat dengan rumah kit0rang. Sesiapa yang tinggal kat kawasan taman perumahan kit0rang, memang akan berpindah ke sekolah baru tu lar.

So sekarang rasanya da hampir 10 tahun jgak kit0rang kenal. Lama jgak tu beb. Nak kata tak lama, tak b0leh lar. Huhu! Dalam masa 10 tahun, macam-macam perkara boleh berlaku. Da boleh kenal ragam, perangai, sikap kawan aku tu. Nak kata kit0rang tak pernah bergaduh, memang tak pernah lar. Tapi kalau nak kata terasahati terasahati tu rasanya memang ada lar. Tapi simpan, tak luahkan. *da kata pun hati.ngee! Tapi aku pun tak ingat tentang apa. Yang penting, setiap kali raya da minta maap. Haha! *ni lar dia, manusia. raya maap-maap tapi buat lagi kesalahan. Ngee!

 Nanti aku tunjukkan gambar dia. Ada orang kata kami kembar. Haha! Tang mane tu ye yang like kembar? Sampai cikgu pun tersalah orang. Huhu! Rindu kt cikgu Shahidah, cikgu Sains. Muka garang tapi ofc0z hati baik! :)

Sebenarnya kit0rang dari darjah 1 sama sekolah tapi start darjah 4 baru kenal dan rapat. Dan sekolah menengah plak, aku just belajar di SMK tapi dia budak pandai so belajar kt SMKA. Tapi start f4, dia pindah ke sekolah aku. Terkejut jgak tiba-tiba dia terpacak depan mata aku kt sekolah tu. Rindu aku lar tu, tu pindah satu sekolah dengan aku. Ngee! Memang happy lar dapat satu sekolah dengan dia lagi tapi lain kelas. Dia kelas sains extreme, aku cuma kelas ICT. Tapi takpe, dapat jumpa jgak. Gurau-gurau macam dulu tapi tu lar. Aku ni pemalu sikit. *ceyh! Even kawan lama, tapi bila da bertahun-tahun tak jumpa, rasa kekok plak nak berbual, lebih-lebih lagi bergurau. Orang kata segan, canggung plak kita. Ngee! Lama-lama da okay semula. Da tak reti segan malu daa. Haha! :D

Dan malamnya baru aku wish birthday dia. Nasib baik dia still guna numb yang sama. *aku jer yang ngengade asik tukar numb.hehe! Apa-apa pun aku tumpang gembira untuk dia sebab dia hampir berjaya dalam hidup. Masuk matriks dan n0w ijazah di u mane ek? Aku pun tak sure. All the best friends. Rindu giler kat kau, Yan. :)
Aku plak masih menunggu result STPM dan panggilan U for c0ntinue degree. InsyaAllah. Doakan aku ye :)

fiza, aimi, aku, yan n anan (depan) Rindu mereka. :)


Da lama! 17Jan12

Assalamualaikum.
Best jgak menaip sambil dengar radio HOT fm. Leya tengah bercel0teh, memang kepoh+gedik. Haha!

Okay, sekarang aku just nak cerita tentang 'da lama'. Da lama apa ek? Urm, da lama giler aku tak teng0k ayahku tunggang m0tor. Biasanya bawak teksi jer. Haa, ke mane plak teksi ayah tu. Urm, da 2 hari teksi ayah masuk worksh0p sebab 5 hari lepas teksi tu kena langgar dengan am0i mane ntah. Habis pintu tempat pemandu tak boleh tutup rapat. Ayah kata 'nasib baik aritu tak hujan, kalau tak, banjir kereta tu.' Mane taknya, maklum parking kt rumah ni bukan memang khas tempat parking tapi cuma park kereta di halaman depan rumah. *memang rumah biasa macam aku parking cenggini lar k0t ek. Dan tidak berbumbung plak tu yang macam orang-orang kaya, diorang siap ada garaj kereta. Setiap satu taw. Heh! :p

Pagi-pagi lagi ayah da bawa m0tor tengok teksi dia kt worksh0p mana aku pun tak tahu. Risau sangat ayah. Tapi seri0usly, tak senang duduk ayah kt rumah ni. Da biasa bekerja agaknya, tak tahu lar apa aktiviti ayah kalau da st0p bawa teksi nanti. Tertanya-tanya dalam kepala otak aku ni tapi tak terluah. Hehe! Wait and see! orang putih cakap. Ngee!

Nanti aku try snap gambar ayah tengah bawa m0tor ae. Excited ni. Hehe! :D Mudah-mudahan dapat lar.

Haish! Tak dapat lar snap gambar ayah bawa motor sebab ayah amik teksi pun naik bas. Huhu! Kecewa! :(
Tapi tak pe. Apa-apa pun, semoga Allah permudahkan segala urusan ayah ku dan DIA murahkan rezeki ayah. Amin. Sayang + Rindu ayah lillahi Ta'ala. :)