Wednesday 30 November 2011

LAGU TEMA SOLEHAH.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun

LAGU TEMA SOLEHAH.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun: LAGU TEMA SOLEHAH.mp3

Alhamdulillah!

Assalamualaikum! 
Apa khabar semuanya? Rasanya memang sudah lama aku tak update blog aku ni. Bukan setakat blog jer, facebook dan layari internet pun aku dah lama tak buat aktiviti ni. Almaklum, aku ni budak STPM 2011. Sekarang ni pun aku ada 2 kertas lagi yang bakal menyusul. Tapi oleh sebab keinginan aku yang menebal untuk layari internet semata-mata untuk tengok blog, facebook dan apa-apa perkembangan tentang program SOLEHAH yang bersiaran di tv al-Hijrah. Then, aku pun online lar. hehe! =) Aku rasa teruja dan berterima kasih sangat-sangat pada program SOLEHAH ni sebab secara tak langsung melalui penyiaran program ini, aku telah melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Memang lar sebelum ni aku solat dan menutup auratku, tetapi tidak pada makna yang sebenarnya. Aku sujud menghadap Ilahi pun cuma kadang-kadang sahaja. Astaghfirullah, teruk sungguh! Tapi Alhamdulillah, aku telah berubah. Ini semua adalah petunjuk kebesaran ALLAH TAALA. Mudah-mudahan perubahan pada diri aku ini bukan setakat semasa berlangsungnya program seperti ini tetapi secara berterusan sehingga ke akhir hayat aku.


 Pada malam ini, jam 22.47 bersamaan 30 November 2011, telah 5 hari Muharram datang bertemu umat Islam. Pada saat ini aku sangat bersyukur kerana aku diberi peluang lagi untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini dan aku masih lagi mempunyai kedua ibu bapaku yang banyak memberi aku semangat dan nasihat untuk menuju ke jalan-NYA. Terima kasih ALLAH, terima kasih Emak Ayah. Semoga penghijrahan aku ini membawa seribu makna dalam kamus hidupku. Segalanya bermula di sini. Wallahualam. =)