Monday 19 December 2011

Rindu Dakwah Mereka!

Assalamualaikum.

Urm, sesungguhnya, memang aku rindukan dakwah mereka. Siapa mereka tu ya? Siapa lagi kalau bukan finalis Solehah, da bergelar Solehah pun mereka. Alhamdulillah. Da berlabuh pun tirai program Solehah untuk tahun 2011 ini. Mudah-mudahan program seperti ini di perluaskan lagi cabangnya dan mudahan aku berkesempatan untuk mengikuti program ini dari awal sehingga akhir untuk sama-sama mendengar dan belajar lebih dalam tentang Islam.

Jauh di sudut hati aku, memang ada niat untuk memasuki program Solehah ini. Dan pernah juga seorang peserta Solehah 2011 ni nak aku masuk Solehah next year. Tapi melihatkan diri aku ni yang kosong dan tidak tahu apa-apa tentang berdakwah dan aku juga masih mentah lagi di dalam dunia Islam. Siapalah aku untuk di gelar Solehah. Tambahan pula aku ada darah gemuruh ++ malu berdepan dengan khalayak ramai. hehe!

Tapi sampai bila ntah aku nak biarkan perasaan takut, malu, segan menguasai diri ek?? Ntah lar Wallahualam.

Berdasarkan apa yang aku tengok masa final hari tu 16 Disember 2011, kak Ros da banyak perubahan. Mana tidaknya, tazkirah yang disampaikan iaitu 'Jaga Mulut Anda' sangat sangat lar sempurna, rasanya tiada cacat cela. Rasa gmuruhnya dapat di sembunyikan, hilang perkataan 'Aaaaa' yang selalu terlepas dari mulut apabila gemuruh. MasyaAllah, kak Ros betul-betul memperbaiki akan kelemahannya itu ya.

Kakak-kakak Solehah yang lain juga apa kurangnya, semua mempunyai kelebihan masing-masing terutama kak Mazuani yang berjaya menyentuh perasaan semua penonton di Dewan Muktamar termasuk saya yang berada di rumah sahaja. Sungguh, kak Mazuani juga telah banyak peningkatannya. :)

Semoga kesemua Solehah-Solehah Amie, Mazuani, Eswani, Rosmarieza, Renny, Elly, Maryam, Adibah, Sarah, dan Shazni berjaya dalam dakwah-dakwah Islam mereka, sentiasa tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang  semakin di kenali. Semoga sentiasa berdakwah dan meneruskan perjuangan dakwah mereka. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Amin.

Dan aku di sini, apabila sudah berlabuhnya tirai program Solehah, mudahan tidak berlabuhnya ibadat aku kepada Yang Maha Esa. Semoga Allah sentiasa bersama aku dan semoga aku sentiasa mengingati Allah. Amin.

"Apabila kita sentiasa mengingati dan bersama Allah, maka Allah akan sentiasa mengingati dan bersama kita"


Dari kak Rosmarieza. 

selagi ianya membawa kepada kebaikan, silakan share.

Jadi aku pun tak nak terlepas untuk share perkara baik ini. :)
Segalanya bermula di sini iaitu Nawaitu kita. :)


Wallahualam.

Sunday 18 December 2011

Lepas Rindu.

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah, semalam aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku. Kitorang kelas sama f4 until f5 lar. Rindu sangat kat diorang, sampai tak terucap kata rindu tu. huhuu! Segan kononnya. hehe!
Kira bertuah tau sebab susah kitorang nak kumpul ramai-ramai. Almaklum, masing-masing da study merantau kan except me. Wah, merantau lar sangat kan, macam betul-betul jauh jer budak-budak ni study. hehe! Pada hal masih lagi kat dalam Malaysia cuma merantaunya di negeri orang lar. huhuu! Urm, syukur Alhamdulillah Allah beri aku kesempatan untuk berjumpa dengan diorang lagi. Yang pergi Ani, Mira, Azrul, Saddam n kakak dia , Elly n pakwe dia, Biela, Myera. Mungkin tak ramai tapi okay lar. Sebab ada yang cancel saat-saat akhir. Tak apa lar, next time, insyaAllah panjang umur, ada jodoh, dapat lar kitorang jumpa lagi ya. ><


Kalau da merayap jumpa ramai-ramai, ofcouse lar kitorang tengok movie. Movie yang jadi pilihan kawan aku iaitu Mission Impossible 4. Aku memang tak tahu lar cerita ni best, ingatkan boring. Tapi seriously, gempak lar cerita ni. Sebab apa?? Sebabnya, teknologi yang digunakan semua canggih-canggih belaka. Memang ketinggalan lar aku, memang jakon bila tengok alatn teknologi diorang. fuhh! Mantap beb. Tapikan, yang tak syoknya apa tau. Sakit weyh tengkok aku. Mana tak nya, kitorang duduk kat seat barisan keempat. haha! Hebat tak kepala kitorang kena mendongak jer sepanjang movie tu. haha! Ni Saddam, kawan lelaki aku punya kerja. Elakkan keluar movie, mendongak jer kepala kitorang. Tapi rasanya tak ada kot. Okay jer, kepala kitorang aku tengok. hehehe!!

Wednesday 7 December 2011

Penat Tapi Puas!

Assalamualikum.

Seronokknya enjoy, berfoya-foya dengan membe-membe ek. Mane tak syoknya, keluar berjalan ada transport and semuanya ditanggung. Wah, untung lar badan. haha! Aku keluar pun bukan dengan siapa, dengan membe and kakak aku jugak. Tapi ayah still risau lar. Mane taknya, da lewat malam anak-anak dara dia tak balik-balik lagi. Ayah mana tak risau kan?? 

Kol 10.40malam, baru masuk panggung wayang. Tengok cerita yang dapat sambutan hangat lar 'Ombak Rindu'. Sangat best lar cerita tu. Lakonan Maya Karin, Aaron Aziz n Lisa Surihani memang berkesan n mantap. Cuma tu lar.. Mcam kureng lar dari segi kepuasan. 2 jam tak cukup lar. Ak nak yang full sebijik yang kat novel tu. Boleh tak? hehe!! :)

Tapi yang tak syoknya, pakaian pelakon-pelakonnya sama ada yang muda mahupun veteren, pakaiannyaaaa........ MasyaAllah! Memang lar nak menjiwai watak, ikut skrip, tapi agak-agak lar. Papepun, suka hati lar.

Btw, pagi tadi ada baca paper pasal penulis novel 'Ombak Rindu' ni, Fauziah Ashaari. Dengar ceritanya, dia tak dapat sesen pun duit dari penghasilan filem ni. Kesian dia. Susah payah perah otak, cari idea nak hasilkan novel Ombak Rindu ni tapi ada orang lain yang ambil kesempatan terhadap dia plak. Ntah lar, dunia-dunia. Haa, hebat! Kol 2.00pagi baru sampai rumah. Buka-buka pintu, beri salam, emak nga tidur kat ruang tamu. Tunggu kitorang balik lar tu. Sorry mom late. huhuu. ;)

Thursday 1 December 2011

Tak sama langsung!

Assalamualaikum.

Aku tak ada apa nak cerita. Ha, tapi baru sekejap tadi membe baik aku post satu link ni kat aku. Dia kata lagu Bila by Hey Miss Chenta melodinya sama dengan lagu Talking To The Moon by Bruno Mars. Euww, sikit pun tak sama lar pacik. Yang aku tahu lebih kurang macam lagu Pokok by MUH n si hazama tu. Tapi seriously lagu yang dia bagi tu memang tak sedap and tak best pun (aku takkan menyesal even 0neday lagu ni kononnya akan popular, haha). okay lar. Saje jer nak main taip-menaip. Da lama jugak tak menaip ni. haha. Okay, have a nice day. Chow. Wassalam. >,<