Sunday, 18 December 2011

Lepas Rindu.

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah, semalam aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku. Kitorang kelas sama f4 until f5 lar. Rindu sangat kat diorang, sampai tak terucap kata rindu tu. huhuu! Segan kononnya. hehe!
Kira bertuah tau sebab susah kitorang nak kumpul ramai-ramai. Almaklum, masing-masing da study merantau kan except me. Wah, merantau lar sangat kan, macam betul-betul jauh jer budak-budak ni study. hehe! Pada hal masih lagi kat dalam Malaysia cuma merantaunya di negeri orang lar. huhuu! Urm, syukur Alhamdulillah Allah beri aku kesempatan untuk berjumpa dengan diorang lagi. Yang pergi Ani, Mira, Azrul, Saddam n kakak dia , Elly n pakwe dia, Biela, Myera. Mungkin tak ramai tapi okay lar. Sebab ada yang cancel saat-saat akhir. Tak apa lar, next time, insyaAllah panjang umur, ada jodoh, dapat lar kitorang jumpa lagi ya. ><


Kalau da merayap jumpa ramai-ramai, ofcouse lar kitorang tengok movie. Movie yang jadi pilihan kawan aku iaitu Mission Impossible 4. Aku memang tak tahu lar cerita ni best, ingatkan boring. Tapi seriously, gempak lar cerita ni. Sebab apa?? Sebabnya, teknologi yang digunakan semua canggih-canggih belaka. Memang ketinggalan lar aku, memang jakon bila tengok alatn teknologi diorang. fuhh! Mantap beb. Tapikan, yang tak syoknya apa tau. Sakit weyh tengkok aku. Mana tak nya, kitorang duduk kat seat barisan keempat. haha! Hebat tak kepala kitorang kena mendongak jer sepanjang movie tu. haha! Ni Saddam, kawan lelaki aku punya kerja. Elakkan keluar movie, mendongak jer kepala kitorang. Tapi rasanya tak ada kot. Okay jer, kepala kitorang aku tengok. hehehe!!

No comments: